Tunjang Kemanusiaan 4.0

SAYA DAN WARISAN BUDAYA

Memahami warisan budaya masyarakat Malaysia.

Murid boleh : ( 4 tahun +)

  1.  Menyatakan perayaan utama di Malaysia.
  2. Melibatkan diri dalam sambutan perayaan utama.
  3. Bercerita tentang pakaian tradisional
  4. Memerihalkan makanan tradisional

Murid boleh : (5 tahun +)

  1. Mengenali warisan budaya.
  2. Menghasilkan produk warisan budaya.
  3. Melibatkan diri dalam warisan budaya.

Malaysia

malaysia.jpg

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Secara geografinya, Malaysia bersempadan darat dengan Thailand, Indonesia, Brunei dan mempunyai sempadan laut dengan Singapura, Filipina dan Vietnam. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran persekutuan di negara ini. Malaysia terdiri daripada 14 buah negeri, setiap negeri diketuai oleh Sultan atau Yang Dipertua.

Malaysia diperintah di bawah sistem raja berperlembagaan persekutuan. Ketua negara yang dikenali sebagai Yang Di Pertuan Agong  yang dipilih di antara sembilan negeri Sultan setiap lima tahun. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri. Jumlah penduduk Malaysia adalah kira-kira 28.3 juta.

 

 

 

 

 

 

 

KAUM DI MALAYSIA

multiracial-malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Hal ini kerana, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Masyarakat Malaysia mempunyai bahasa, agama, budaya dan makanan yang berbagai. Antara kaum di Malaysia ialah:

 

baju melayu.jpg
MELAYU 
2016-Kostum-Untuk-Anak-anak-Gaun-Gadis-Gaya-Nasional-Cina-Tradisional-Gaun-Cheongsam-Kostum-tahun-Baru
CINA 
india 1
INDIA 

 

iban
IBAN 
sabah-kadazan-murut
KADAZANDUSUN 

 

 

SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA

Budaya Malaysia dapat dilihat melalui sambutan perayaan oleh kaum tertentu.

Pada setiap tahun pelbagai perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia.

Keunikan perayaan dan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia merupakan salah satu daya tarikan pelancong dari pelusuk dunia melancong ke Malaysia.

Sambutan perayaan di Malaysia disambut oleh semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama.

Sambutan perayaan yang ada di Malaysia juga dapat mengeratkan silaturahim antara rakyat  di Malaysia.

Dengan ini dapat dilihat rakyat Malaysia hidup bersatu padu, aman dan harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Sambutan perayaan yang utama di Malaysia ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali.

Malaysia

HARI RAYA AIDILFITRI

Disambut oleh kaum Melayu

Disebut juga hari raya puasa kerana hari raya ini disambut selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan bagi orang Islam.

Sambutan perayaan pada 1 Syawal.

Tradisi masyarakat Melayu (umat Islam) menjelang 1 syawal:

  • menyediakan pakaian baru.
  • menghias rumah.
  • membuat pelbagai kuih raya

Pada malam 1 syawal umat Islam beramai-ramai k masjid atau surau untuk bertakbir hari raya.

Semua umat Islam akan ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri secara berjemaah.

Amalan sunat yang boleh diamalkan bagi umat islam ketika hari raya aidilfitri:

10-Amalan-Sunat-Hari-Raya.png

 

 

Pada Hari Raya Aidilfitri :

makananraya2
BERBAGAI JUADAH YANG DISEDIAKAN 
Acewin_illustration_raya_packet_balik_kampung
KANAK-KANAK AKAN DIBERI DUIT RAYA 
upin ipin.jpg
BERMAAF-MAAFAN 
IMG-20150717-WA0024.jpg
BERGAYA DENGAN BAJU BARU 
IMG-20160706-WA0045.jpg
MENGAMBIL GAMBAR KELUARGA
Web-use_562px-X-608px_Full-set_opt1-06.jpg
UCAPAN KAD RAYA 
rumah-terbuka.jpg
MENGADAKAN RUMAH TERBUKA

 

 

 

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Perayaan kaum Cina.

Disambut besar-besaran menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.

Orang Cina percaya kepada 12 binatang yang menanungi kalendar mereka.

Tahun Baru Cina disambut pada anak bulan pertama setiap tahun.

Pada malam Tahun Baru Cina

  •  semua ahli berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama-sama.
  • tujuan- mengeratkan hubungan sesama keluarga.

Adat mereka ahli keluarga yang telah berumah tangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumah tangga.

Sepanjang sambutan perayaan Tahun Baru Cina berlangsung, tarian naga akan dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai untuk memberi berkat kepada yang meraikan perayaan tersebut.

Pakaian ketika Sambutan Tahun Baru Cina ialah:

  • Samfu (lelaki)
  • Cheongsam (perempuan)

Penutup Perayaan Tahun Baru Cina ialah Perayaan Chap Goh Meh.

Perayaan Chap Goh Meh ialah upacara sembahyang.

  • upacara sembahyang secara besar-besaran iaitu  colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.

 

 

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

Deepavali ialah gabungan perkataan ‘DIPA’ iaitu cahaya dan perkataan ‘GAVALI’ bererti barisan. Deepavali bermaksud pelita.

Hari Deepavali juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Pesta cahaya ini disambut oleh masyarakat India beragama Hindu dan Sikh.

Dengan memasang pelita mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. 

Mitos: Tujuan perayaan adalah kisah Dewa Krishna iaitu penduduk kampung meraikan kemenangan kebaikan menewaskan kejahatan. 

 

hari-deepavali1.jpg