Perayaan kaum Cina.
Disambut besar-besaran menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.
Orang Cina percaya kepada 12 binatang yang menanungi kalendar mereka.
Tahun Baru Cina disambut pada anak bulan pertama setiap tahun.
Pada malam Tahun Baru Cina
- semua ahli berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama-sama.
- tujuan- mengeratkan hubungan sesama keluarga.
Adat mereka ahli keluarga yang telah berumah tangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumah tangga.
Sepanjang sambutan perayaan Tahun Baru Cina berlangsung, tarian naga akan dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai untuk memberi berkat kepada yang meraikan perayaan tersebut.
Pakaian ketika Sambutan Tahun Baru Cina ialah:
- Samfu (lelaki)
- Cheongsam (perempuan)
Penutup Perayaan Tahun Baru Cina ialah Perayaan Chap Goh Meh.
Perayaan Chap Goh Meh ialah upacara sembahyang.
- upacara sembahyang secara besar-besaran iaitu colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.